" Tiada Lagi Esok Untukku "
Seandainya esokku tiada lagi, aku berharap sesiapa sahaja yang mengenali ku memaafkan segala salah silap aku dan menghalalkan apa jua barang atau makanan yang disengaja ataupun tidak disengajakan . Terutama sekali emak dan abah, dan orang yang aku sayangi, redhailah pemergianku dengan seikhlas hatimu . Mak, abah dan orang yang aku amat sayangi, aku mahu meminta maaf kerana tidak sempat menunaikan permintaanmu untuk belajar bersungguh-sungguh demi kejayaan aku dan kita semua . Bukan aku meminta semua ini, tetapi ini adalah takdir aku yang tidak mungkin aku dapat mengelak . Ketahuilah kamu semua, Allah lebih menyayangi aku dan insyaAllah kita akan bertemu di alam sana . Mak, abah, ........ Tini sangat sayang pada mak abah dan ........ Janganlah tangisi pemergian Tini, jika tidak Tini tidak akan tenang di sana . Tini kalau boleh tidak mahu mak, abah menitiskan setitik pun air mata . Biarlah orang kata apa pun, biarlah orang kata mak, abah tak sayang Tini, gila ke janji Tini boleh tenang dan gembira melihat mak abah menunaikan permintaan Tini .
That's my will that i will give to person who i loved . I hope they can do that i mention in my will . :))
No comments:
Post a Comment